Pengikut

Assalamualaikum Dan Selamat Datang Ke Blog Dakwah For You

Mashitah si Tukang sisir Puteri Firaun

Assalamualaikum sahabat sekalian .. Posting kali ini 
ana hendak berkongsi sebuah kisah tentang seorang hamba allah yang sangat tabah
menghadapi dugaan demi menegakkan agama allah ..

Mashitah ..
Seorang mujahidin yang sungguh taat kepada perintah allah
tiada yang beliau takut .. Hanya allah yang mampu menggentarkan 
hati wanita mulia ini ..
Pada suatu hari ketika Mashitah sedang menyisirkan rambut puteri firaun ,
tiba-tiba sikat yang digunakannya jatuh ke lantai ..
Dengan tidak sengaja, keluar satu perkataan yang cukup bermakna bagi
seseorang umat islam iaitu perkataan 'Allahhuakbar" ..
Puteri firaun tadi merasa pelik dan bertanya kepada masyitah .
'Apakah perkataan yang kau sebut tadi wahai masyitah?'.
Mashitah dengan tenang menjawab, maksudnya 'Allah tuhan aku dan allah juga tuhanmu
..

Dengan rasa pelik,puteri Firaun tadi bertanya pula kepada Firaun .
'wahai ayahanda, ada tuhan lain selain engkau?'.
Firaun terkejut dan terus memanggil Mashitah . Firaun yang jahat itu 
bertanya kepada Mashitah . 'Siapa tuhan kamu?"
Dengan tenang Mashitah menjawab . Allah tuhanku dan allah juga tuhanmu!!
Firaun sangat marah dan telah menyuruh pembantunya menyediakan 
kawah yang di dalamnya berisi air panas .. 
Diriwayatkan dalam satu hadis dimana besar kawah itu ialah jika dimasukkan 
seekor lembu kedalam itu,nescaya lembu itu akan tenggelam ..

sebelum Mashitah dimasukkan ke dalam kawah tersebut, Firaun bertanya lagi
Siapa tuhanmu?
Dengan sangat yakin Mashitah menjawab Allah tuhanku allah juga tuhanmu.
Firaun berang dan firaun menyuruh pembantunya masukkan anak Mashitah kedalam
kawah tersebut ..
Menangis anak Mashitah . "Emak,sakit emak ..!!
Firaun bertanya lagi kepada Mashitah . Siapa tuhan kamu?!!
 Mashitah menjawab Allah tuhanku allah juga tuhanmu.!!
Firaun menyuruh pembantunya memasukkan seorang lagi anak Mashitah ..
Meraung anaknya kesakitan "Mak sakit mak!! . 

Ketika giliran bayi Mashitah hendak di masukkan kedalam kawah,
tiba - tiba dengan kekuasaan allah bayi itu bercakap
" Mak,masuklah kedalam kawah ini, sesungguhnya seksa di dunia ini adalah 
sedikit berbanding siksa di akhirat..."
Mashitah terus terjun ke dalam kawah dan pergi menghadap allah.

Inilah kisah seorang wanita yang sanggup korbankan nyawa demi Allah ..... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...