Pengikut

Assalamualaikum Dan Selamat Datang Ke Blog Dakwah For You

Sayidina Hassan Dan Pemuda Badwi

Sayidina Hassan merupakan tokoh yang terulung .. Beliau merupakan cucu kepada rasulullah dan merupakan permata yang mulia bagi Rasulullah.

Pada suatu hari,ketika beliau berehat dihadapan rumahnya..

Datang seorang Badwi dan mencaci Sayidina Hassan serta keluargamya.

Yang anehnya,Sayidina Hassan tidak sekalipun berubah air muka atau marah kepada Badwi tersebu.

Lantas Sayidina Hassan berkata "wahai Badwi,adakah engkau mahukan sesuatu atau ada perkara yang merunsingkan kamu?"..


Pemuda Badwi tersebut tidak mempedulikan apa yang dikata oleh Sayidina Hassan dan terus mencaci cucu kesayangan Rasulullah..

Oleh itu,Sayidina Hassan menyuruh pembantu rumahnya memasukkan wang perak kedalam satu uncang dan memberikan kepada Badwi tersebut .. " Maafkan saya ini sajalah yang saya ada,jika ada yang lebih tidak akan ada yang saya sembunyi daripada kamu "

Sikap dan layanan Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya melembutkan hati badwi tersebut. Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw. yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai budi pekerti yang mulia sekali."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...